PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberi layanan dan peluang yang sama kepada semua pelajar yang dihantar ke sekolah
    ini untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya tanpa mengira keturunan, agama dan
    latar belakang.

  2. Membimbing dan mendidik untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal.

  3. Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi
    kehendak semasa individu, masyarakat dan negara.

  4. Menyedia dan mengurus program-program pembangunan bakat, minat dan kebolehan
    pelajar dalam pelbagai bidang bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

  5. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu.

  6. Menentukan urusan kebajikan pelajar-pelajar diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan
    serta menentukan keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar terjamin dan diambil berat berteraskan perkhidmatan penyayang.

  7. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik. Menentukan urusan kewangan sekolah sedia untuk diaudit pada akhir bulan Januari bagi tahun berikutnya, hal-hal mengenai gaji dan perkhidmatan staf diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan.

  8. Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, produktif, inovatif, kreatif dan bertanggungjawab.

  9. Memastikan perhubungan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, bekas pelajar, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain yang dapat menyumbang dan memajukan sekolah.