Sejarah Sekolah

Sekolah Anderson telah dibuka dengan rasminya pada 6hb Februari, 1909. Sekolah ini telah diberi nama Sekolah Anderson, mengambil nama Sir John Anderson, Pesuruhjaya Inggeris ketika itu. Perlunya sekolah ini ditubuhkan ialah kerana murid-murid Melayu sukar untuk mendapat tempat di Maktab Melayu Kuala Kangsar yang telah wujud sejak tahun 1905. Atas sebab-sebab agama pula, ibu bapa Melayu enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris yang telah sedia ada yang dianjurkan oleh pengembang agama Christian saperti Anglo Chinese School dan lain lain.

Mengikut lapuran tahunan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negri Sembilan dan Pahang) untuk tahun 1907, sekolah ini disebut sebagai '.... sekolah Inggeris Kerajaan yang besar bagi lelaki dan memakan belanja sebanyak $45,000.00.'

Lt. Col. J. H. Tyte, iaitu Penolong Kanan di Victoria Institution telah dilantik menjadi Guru Besar pertama, bersama-sama dengan seorang guru terlatih dan 5 orang murid tua Victoria Institution serta Mr. E. C. Smith yang menjadi Penolong kanan, sebagai tenaga pengajar.

Sehingga tahun 1937 apabila FMS Education Code dikuatkuasakan, setiap guru besar bebas untuk mengenalkan apa jua mata pelajaran.

1909 - 1919

Bangunan pertama, di Jalan Douglas (kini Pejabat Agama Perak) telah direka oleh jurubina tempatan, iaitu Mr. C. H. la Brooy. Bilangan murid pada masa itu ialah 52 orang. Tiap-tiap meja murid panjangnya 8 kaki dan boleh digunakan oleh 4 orang murid. Sekolah bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Kelulusan yang paling tinggi dalam tahun-tahun 1910 - 1921 ialah Darjah 7 (Tingkatan 3 sekarang). Yuran yang dikenakan adalah tinggi iaitu $2.00 sebulan.

Permainan hoki telah diperkenalkan oleh Guru Besar yang menjadi pemain hoki mewakili Selangor dan Perak. Pasukan sekolah terpaksa bermain dengan kelab-kelab atau pasukan negeri kerana tidak terdapat pasukan-pasukan dari sekolah-sekolah lain.

       1912 -  regu sukan diperkenalkan, juga perlumbaan 
               menunggang kuda

1912 - 1914 - gimnasium diadakan. Ketika itu pencapaian yang tinggi dalam bidang sukan menjadi keutamaan. 1914 - sukan pertama diadakan.

1913 - 1914 - Mr. Bernard Preddy memperkenalkan tinju. Hasilnya sekolah melahirkan johan fly-weight Yeoh Chai Lye yang tidak pernah kalah antara 1922 - 1952.

1917 - sistem rumah diperkenalkan 1915 - 1917 - terdapat 9 kelas iaitu Primary A dan B, Darjah 1 hingga 7. Pelajaran Simpankira, trengkas dan menaip telah diperkenal kan oleh Mr. W. M. Haigh Apabila bilangan pelajar meningkat, gimnasium yang dibina dalam tahun 1914 telah dijadikan bilik bilik-darjah. Pemidang telah digunakan untuk memisahkan kelas-kelas. 1919 - 1929 1921 - 1929 - Permainan kriket dimulakan 1921 - Kelas School Certificate yang pertama diadakan 1924 - Kelas London Matriculation Exam dimulakan 1928 - Gerakan Pengakap diperkenalkan Sejak tahun 1929, kelas-kelas rendah hingga Darjah 2 berpindah ke jalan Maxwell. Kini sebahagian daripada Jabatan Pelajaran Perak. 1929 - 1939 1931 - Banguan baru (yang ada sekarang) termasuk dewan asrama dan rumah pengetua didirikan di Jalan Ashby. 3 kelas rendah diteruskan di Jalan Maxwell dan hanya disatukan dalam tahun 1937. 1935 - Mr. C. F. C. Ayre telah memperkenalkan cogankata sekolah iaitu 'To Strive, to Seek, to Find and Not to Yield.' Majalah sekolah 'Andersonian' dimulakan. 1938 - Jabatan Sains diadakan iaitu mengandungi dewan syarahan dan makmal: mengikut Sukatan Pelajaran Victoria Institution. 1939 - 1949 Sekolah dibuka semula pada 24hb September 1945 selepas ditutup selama 44 bulan semasa pendudukan Jepun. Bilangan pelajar ialah 943 orang. Oleh
kerana kekurangan alat-alat dan bahan-bahan, segala kajian amali sains 
dijalankan di St. Michael's Institution.
1949 - 1959

1953 - Sekolah Anderson mencatat sejarah dalam peperiksaan Sijil                    Persekolahan Cambridge tahun 1952 dengan 37 daripada 74 calun mendapat        Pangkat Pertama. 

1953 - Bilangan Rumah ditambah daripada empat menjadi enam buah dengan            
penubuhan rumah Ayre dan Whitfield.
       Blok Sains serta Makmal 1, 2 & 3 dibina.
       Sir Gerald Walter Robert Templer melawat sekolah.
       Trak di perbesarkan menjadi 400 meter satu pisingan.
       Perpustakaan berpindah ke bilik yang lebih besar.
       
1954   Kelas Tingkatan VI Sastera dan Sains di mulakan.
1957   Sekolah rendah dijadikan Sekolah Rendah Cator Avenue. 
       Sekolah menengah pula menjadi sekolah menengah jenis 
       Kebangsaan yang mendapat bantuan penuh.
1959 - 1969
1959 - Jubli Emas Sekolah.
1963 - Mesyuarat PIBG pertama diadakan.
1964 - Pembinaan makmal 6 dan 7.
1965 - Jawatan Guru Besar diambilalih oleh 
       seorang tempatan, Encik Tan Seng Chye menggantikan
       Encik M. Ogle.

1966 - "Hyde Park Corner" diplerkenalkan dalam bulan Jun. Saperti
       kebiasaan, pada mulanya sambutan hangat akantetapi perlahan-
       lahan menjadi dingin dan terus menjadi basi.

1969 - 1979

       Pembesaran dewan, kantin lama dan pembinaan kantin baru dijalankan.
       Blok sastera Tingkatan Enam dan Perpustakaan dibina.

1972 - Pasaria telah diadakan untuk mengutip wang untuk Perpustakaan baru.
       
1973 - Pintu gerbang besar baru dibina di Jalan Ashby.

1974 - Asrama baru digunakan.

1979 - Sambutan ulangtahun ke 70.

1979 - 1995

1982 - Sekolah terus berkembang terutama dari bilangan murid.
       3 buah makmal dan Perpustakaan Rendah dibuka rasmi oleh
       Y. B. Dato Khalil bin Yaakub pada 19hb Jun 1982.

1984 - Semua Perpustakaan digabungkan. Bilik Komputer diadakan di
       ruang Perpustakaan lama.

1988 - Sekolah memperolehi bangunan baru dua tingkat yang mengandungi 
       tujuh buah kelas untuk Tingkatan 6.

1994 - Ulangtahun ke 85 telah diadakan pada 29hb. Januari 1994.